Rabu, Februari 25, 2009

PERJALANAN BERLIKU SELAMA 24 TAHUN PARTI PBS - HILANG KUASA DITANGAN LAWAN, KAWAN DAN ADIK SENDIRI

Parti Bersatu Sabah (bahasa Inggeris: United Sabah Party; singkatan: PBS) ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 di Sabah Parti politik ini pernah menguasai Dewan Undangan Negeri negeri Sabah pada tahun 1985 sehingga 1994. Parti ini juga menguasai 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990. Presiden parti ini ialah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari masa penubuhannya sehingga kini.

Pada tahun 1984, seorang pemimpin
Kadazandusun dalam kerajaan BERJAYA, Datuk Joseph Pairin Kitingan telah dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang menentang dasar-dasar kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari perjuangan asal. Beliau turut dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tambunan. Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon kerajaan. Walaupun dengan berbagai rintangan dan taktik kotor pihak lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti besar, 3,048. Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan menentang penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu. Satu gerakan baru yang dipimpin Pairin dan disokong secara senyap oleh majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu, tertubuhnya Parti Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti.

PBS yang baru berusia 47 hari telah menyertai
pilihan raya 1985 dan terus mencipta kejutan dengan memenangi 25 daripda 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Apa yang lebih mengejutkan Ketua Menteri dan presiden BERJAYA, Datuk Harris Salleh tewas di Tenom kepada seorang yang langsung tidak terkenal, Kadoh Agundong. Parti pemerintah BERJAYA cuma mampu memenangi 6 kerusi, dengan USNO 16 kerusi serta PASOK 1. Kejayaan ini membolehkan PBS menubuhkan kerajaan dan memerintah negeri Sabah dengan Pairin dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke-6. Setelah rusuhan 1986 yang didalangi parti yang kalah untuk cuba menjatuhkan kerajaan PBS, PBS membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan satu lagi pilihanraya pada Mei 1986. Kali ini PBS berjaya mengukuhkan lagi kedudukan mereka setelah memenangi 34 daripada 48 kerusi. PBS kemudian menyertai Barisan Nasional (BN). Beberapa hari sebelum pilihanraya 1990, PBS bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Gagasan Rakyat yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka memberi alasan bahawa mereka telah dianaktirikan sewaktu berada dalam BN. PBS terus mencapai kejayaan dengan memenangi 36 daripada 48 kerusi. Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang Datuk Mark Koding yang telah menubuhkan AKAR dan Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. PBS turut mendakwa pilihanraya ini dicemari taktik kotor seperti pembelian undi dan pengundi hantu.[1] Di sebalik semua itu, PBS masih mampu menang walaupun tipis iaitu 25 kerusi berbanding BN 23 kerusi. Pairin terpaksa menunggu selama 36 jam di luar Istana sebelum dibenarkan mengangkat sumpah kerana cuba dihalang pihak Barisan Nasional yang nyata tidak dapat menerima keputusan rakyat. Walubagaimanapun, kerajaan ini cuma mampu bertahan dua minggu setelah hampir kesemua wakil rakyatnya bertindak melompat menyertai BN.

Setelah kemenangan tipis dalam pilihanraya 1994, PBS menghadapi tekanan besar dari BN yang ternyata cuba merampas kuasa di Sabah. Kejatuhan PBS bermula apabila 3 orang wakil rakyatnya, Datuk Lajim Hj. Okin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik) bertindak keluar untuk menyertai UMNO. Ia kemudian diikuti hampir semua wakil rakyatnya yang lain termasuklah Timbalan Presiden Tan Sri Bernard Dompok, Setiausaha Agung Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing telah menubuhkan Parti Demokratik Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan adik Pairin sendiri Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Setelah insiden lompat-melompat tersebut, PBS cuma mempunyai 3 wakil rakyat, Pairin, Dr. Maximus Ongkili dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha. Datu Amirkahar turut menyertai BN beberapa tahun kemudian. Dalam keadaan sedemikian, Pairin tiada pilihan lain selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994. Keadaan ini menggemparkan seluruh rakyat Sabah.

PBS cuba bangkit semula dengan barisan pemimpin yang baru dan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 berjaya memenangi 8 daripada 20 kerusi Parlimen di Sabah yang juga menyaksikan Jeffrey dan Dompok tewas di tangan calon PBS. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya 1999. Walaubagaimanapun, PBS cuma mampu memenangi 17 daripada 48 kerusi tetapi calon-calonnya berjaya mengalahkan bekas wakil rakyatnya yang telah melompat termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Bernard Dompok dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Peristiwa lompat-melompat berulang semula apabila enam wakil rakyat yang diketuai Jeffrey bertindak melompat menyertai PBRS pada 22 April 2000

Pada 23 Januari 2002, PBS diterima semula ke dalam Barisan Nasional. Lima wakil rakyat berserta Timbalan Speaker yang telah menyertai PBRS turut kembali ke pangkuan PBS. Setelah memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 4 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, ahli-ahli PBS turut disertakan dalam kabinet Barisan Nasional negeri dan persekutuan.

Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti
kaum Kadazan-Dusun. Pada dasarnya PBS memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti itu turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia.[2] Antara isu yang paling lantang disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.

21 ulasan:

Rozan M berkata...

Salam Tuan, bule tahan dgn publish kau 2-3 kebelakangan ni hangat betul.. tida di napikan akan ketulusan PBS pada dulunya, tapi kenapa suda Datuk Pairin sekarang ni selain dari isu lompat parti beliau lebih kepada kenyataan yg memihak kepada kerajaan (mcam bukan dia yg cakap).. beliau seolah2 juru cakap kepada CM atau kerajaan.. saya rindu suda dgn selogan Sabah utk Orang2 Sabah (menunjukkan ketegasan beliau) dulu..

Tanpa Nama berkata...

Kau pun tahu taktik kotor dan kenajisan BN langsung memberi keburukan kepada Sabah tetapi kau sendiri yang masuk di medan kekotoran BN. Hairan betul??? Cuba kamu fikir sejenak...

Little Mike berkata...

Saya lebih rindukan slogan PBS dulu 'YANG TABAH UNTUK RAKYAT'... inilah satu2nya slogan yang benar-benar membuatkan saya bertahan sokongan untuk PBS...

Stiap kali saya mengenangkan sejarah perjuangan PBS, jatuh bangunnya serta cabaran politik lawan dan kesungguhan PBS bersuara, setiap kali itu juga bulu roma saya meremang mengingatkan slogan 'ajaib' ini..

Sehingga sekarang pn masih terkesan dengan kata-kata keramat parti.

KINI, mereka sudah senyap dengan perjuangan mereka dulu. Mereka kata mereka bukan diam.. Ya, Saya tau mereka tidak membisu hak sabah tapi mereka kini tidak LANTANG, BERANI DAN BERKALIBER dalam menyuarakan cara dan penyampaian hasrat SABAH. MEreka tidak FOLLOW UP... cuma BERSUARA dan TUNGGU REAKSI. "orang seberang' pasti tidak begitu 'tertekan' dengan kredebiliti begitu. Mereka lagi la TERUS TANGGUH tanpa terguggat atau 'terancam'...

Budaya kita bukan hidup mengancam orang. Tapi kita kena buat mereka tidak semberono dengan Borneo. Baru-baru ini pilihanraya kecil Kuala Terengganu - bukan main kerajaan Persekutuan salur 10 juta untuk hasil minyak selain peruntukan tambahan RM500 juta.. SABAH? tengok saja ka? takkan la Sabah nak bercita-cita buang duit rakyat buat pilihanraya kecil semata-mata mau menduga/menjangka ada tangan menghulur royalti minyak dari Persekutuan?

'YANG TABAH UNTUK RAKYAT' seakan-akan menjadi YANG TERTUNDA UNTUK RAKYAT...

sebenarnya masih bagus ba ni PBS.. maksud saya PARTI la.. tapi orang2nya??? atur cara politiknya? Cita-cita politiknya?

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye zan...iya sy pun rindu macam itu..tapi realitinya itulah yang berlaku. segala tindak tindak kita harus mengikut keadaan. tanya lah pada anwar (Tim Perdana Menteri), dr jeffry kitingan,yong teck lee (org yang menandatangai kelulusan syarikat begaraya di KM-tapi sekarang org kmarudu bisng diam saja) yang satu ketika dulu bersama-sama dlm kerajaan. mereka pun diam saja dan terus bekerja membantu kerajaan. bila mereka tiada kuasa dan jadi pembangkang baru lah macam pejuang bangsa nombor satu konon. bagi sy, itu adalah realiti politik.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye tanpa nama...yang rosak PBS 1994 adalah anwar sendiri.. dari dulu memang licik berkata-kata dan menpengaruhi orang lain. wah hal semuanya kata-katanya adalah janji kosong semata-mata.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye mike..
saya setuju pendapat ko..tapi apa yang berlaku didlm PBS sekarang disebabkan kesilapan pemimpin besar kita satu ketika dulu. dulunya kita adalah parti besar di Sabah. oleh itu kita bebas bersuara apa saja. banyak orang takut kita. sekarang kita adalah parti kecil saja..gara2 kesilapan pemimpin masa lalu kita...dulu parti sabahan boleh hidup sendiri di SABAH. tapi sekarang lain sudah..itulah yang mengubah keadaan. kita tidak boleh tuduh pairin sudah lupa perjuangan asal partinya. dalam keadaan sekarang perjuangan tetap perjuangan. itu harus diteruskan. tapi kita menggunakan kaedah lain untuk meneruskan perjuangan...sy harap saudara faham. tq

BN - Barisan Najis berkata...

sekarang Anwar sdh ada kesedaran bah Junid bkn mcm dulu lagi dan lagipun mmg sdh lumrah kehidupan politik nie yang kita sentiasa taat kepada ketua biarpun pahit, sekrang PBS tidak releven lagilah Junid, apa suara YB kita di Parlimen?, leher dia sdh kena ikat oleh UMNO dia umpama kerbau di cucuk hidung saja, sdh selesaikah masalah tanah di KM dan Pitas yang telah diambil oleh Syarikat Begahraya yang beribu hektar? habis kampong2 di daerah KM dan Pitas telah di pohon dan diambil!

MAWAR BERDURI berkata...

halurr junid?

ku faham perasaanmu di kala kau menulis smua fakta yang memang termaktub dalam sejarah.

tapi hakikat yang kita kena terima juga, semasa PBS menjadi pemerintah di atas tiket pembangkang Sabah terus berada dalam kemunduran..dan itu hakikat pahit yang perlu kita telan dan terima!..

Budaya kroni mengkroni sangat tebal dan ramai yang terkorban kerana itu (tak perlu di ceritakan disini nanti kita jadi sedih)
..Rakyat bijak memilih perjuangan politik bukan untuk satu etnik sahaja tapi ia perlu menyeluruh dan syumul membela smua etnik yang ada di Sabah.

Semoga PBS terus maju jaya membawa suara dan pembangunan untuk smua.

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye srixon..
tq kerana masuk dlm blog sy dan bagi komen yang baik.

pasal begaraya...jangan persalahkan datuk max dan yb anita.. sekarang ini dtk max dan yb anita tengah lawan kes ini, tapi ada masalah sikit...sy harap saudara srixon boleh tanya yong teck lee (kawan ko dlm pembangkang). sebenarnya kelulusan pengambilan tanah syarikat begaraya seluas 60,000 hektar di daerah kmarudu dan pitas telah diluluskan oleh yong teck lee seaktu dia jadi ketua menteri sekarang. yong teck lee yang keluarkan geran. tapi sekarang kenapa yong teck lee diam2 saja. pura2 konon jadi pembela rakyat. tapi tanah di kota marudu yong teck lee jual kepada tauke cina....sy harap srixon faham dan jangan tuduh sebarang tuduh. memang sy tahu kes begaraya ini. sy sudah beberapa kali ikut mesyuarat mengenai begaraya dan dihadiri oleh wakil sykt begaraya. perkembangan sekarang, apabila YB dtk Max menentang sykt begaraya, tauke cina asal (Kroni Yong Teck Lee) telah menjual sykt ini kepada tauke baru orang sarawak. walau mcm mana pun YB dtk Max masih lawan kes ini sekurang-kurangnya penduduk kampung yang terlibat dapat pembelaan..sy harap srixon faham..dan sy harap juga srixon boleh jumpa yong teck lee dan tanya kena dia luluskan pnegeluaran geran....tq

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye mawar berduri..
tq kerana beri komen..
iya...sekarang PBS mempunyai prinsip perjuangan yang sama yang membela rakyat sabah secara keseluruhan...hehehehhe

ison berkata...

woi kangku. kadung ko misosorita pasal do pulitik, tadpo om aso no suai ot abanar. yino nopo.

Saya bukan ahli PBS, dan bukan juga ahli parti mana2 pun. Saya cuma ulas berdasarkan naluri dan persepsi saya secara umum tentang PBS. Samada betul atau salah, kamu terima atau tidak, saya tidak mahu tahu.

Memang PBS ni tidak dinafikan ada 'aura' tersendiri yang menyebabkan rakyat mengundi dengan 'tutup mata' saja ketika era kegemilangannya. Di mana2 saja orang memperkatakan PBS parti Sabah kebanggaan kita.

Saya secara peribadi sebenarnya kagum dengan ketabahan DJPK (Pairin). Ketika beliau menyerahkan jawatan KM Sabah setelah ramai 'kawan2' beliau melompat keluar dari PBS, beliau menyerahkan dengan penuh hormat, malah memeluk orang yang dia serahkan tugasnya. Ketika itu ramai orang yang melihat menangis. Saya juga menangis... Begitulah kekuatan peribadi DJPK.

Cuma pada hemat saya, PBS tidak sesuai hidup dalam BN. Alasan yang umum ialah perjuangan PBS tidak selari dengan BN. Keadaan PBS sekarang ni kelihatan seolah2 setakat mahu hidup, tapi tidak boleh buat apa2.

Pemimpin2 PBS sekarang mungkin berkata, kami sedang meneruskan perjuangan dengan kaedah baru, tetapi I tell you my friend, PEOPLE ARE LOSING THEIR CONFIDENT OVER THIS POOR PARTY.

Apa yang pasti kekuatan PBS seakan hanya tinggal sejarah. Sekadar untuk hidup buat apa? Kamu tidak tertanya2kah kenapa PBS keluar masuk BN dari dulu? Sebabnya ialah saya sudah sebutkan di atas, PERJUANGAN PBS TIDAK SELARI DENGAN BN, tapi PBS takut mati (parti mati). Itu sebab apabila 'terdesak' mereka join semula BN.

Semakin hari PBS semakin hilang taringnya. Saya kira, sebaiknya PBS keluar saja dari BN dan kekal di luar BN, jangan masuk2 lagi. Baru boleh susun semula rentak perjuangan asal. Rakyat masih sayang PBS bah, tapi kalau PBS terus begini rakyat akan kata, "sayang sayang juga, tapi..."

Nota: 'aura' itu penting dalam perjuangan. Ke mana perginya 'aura' PBS?

ILLIE berkata...

Tahniah 1 entri yang baik..
Terus terang saya katakan PBS dulu dan PBS sekarang banyak perbezaan..PBS dulu dari pandangan saya adalah sebuah parti yang benar-benar ingin membela nasip rakyat Sabah namun keadaan telah mengubah segala-galanya.PBS sekarang tidak lagi memainkan peranan yang sebenar..maksud saya semacam lari dari perjuangan asal..seolah-olah tunduk kepada kuasa UMNO iaitu tunjang pemerintahan negeri Sabah.

Kalau tidak dilakukan sesuatu dari sekarang..saya percaya suatu hari nanti PBS juga akan berkubur kerana generasi muda sekarang kebanyakkan dari mereka tidak berminat dengan PBS..sdr.Junid selaku naib pemuda PBS.N.5 Tandek harus memainkan peranan penting untuk meyakinkan golongan-golongan muda untuk menyertai PBS.

Bercakap mengenai kejatuhan PBS pada tahun 1994,saya juga mengetahui serba sedikit ceritanya.Mungkin kamu hanya tahu pada cerita di depan tetapi cerita dibelakang tabir mungkin seorang pun dari anda tidak ada yang tahu.Saya berada bersama-sama YB N.5 Tandek pada ketika itu di Sri Gaya (kediaman rasmi Ketua Menteri) YB-YB PBS di kumpul(dikurung???) selama seminggu..saya juga turut tinggal sana selama itu kerana menemani YB Tandek.Sehinggalah angkat sumpah jawatan selesai barulah YB-YB di benarkan keluar dari kediaman.Tahukah anda..sebelum Datuk Lajim dan Rubin Balang melompat,siapakah YB PBS pertama yang didatangi oleh dalang UMNO untuk di beli???..mungkin anda tidak tahu.. ya jawapannya ialah YB N.5 Tandek ketika itu.Suatu malam ketika beliau sibuk melayan tetamu di kediamannya di KK..ada kereta benz hitam berhenti di perkarangan rumah dan seorang telah pergi di rumah kerana ingin berjumpa dengan YB..YB pun ikut dan mereka masuk dalam kereta benz..tidak lama kemudian YB masuk rumah dan ceritakan pada kami hal yg sebenar.katanya Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjemput beliau untuk menyertai BN dengan ganjaran RM5 juta cash dan jawatan menteri penuh.Tetapi kerana tidak mahu membelakangkan Parti dan pengundi2 N.5 Tandek..YB telah menolak jemputan itu dengan hormat.Tidak lama kemudian tersiar berita 3 adun PBS telah melompat parti.

Dalam kesibukan itu sekali lagi YB2 PBS di kumpul dan mereka telah berikrar depan Datuk Pairin untuk terus setia bersama PBS.Dalam kesibukan dan kegelisahan YB2 PBS..Datuk Jeffry bebas ke KL dan berjumpa dengan pemimpin2 BN dan akhirnya rancangan Jeffry untuk menjatuhkan PBS berjaya.Pada suatu malam Datuk Pairin telah memanggil semua YB2 PBS dan menjelaskan kepada mereka untuk letak jawatan sebagai Ketua Menteri.Sebelum Datuk Pairin buat pengumuman rasmi..kami sudah tahu duluan..memang sedih ketika itu dan ada saya tengok YB yang menangis kerana sedih.Setelah Datuk Pairin letak jawatan diadakan sekali lagi mesyuarat tergempar YB2..selepas mesyuarat itu..mungkin semua telah ketahui maka lahirlah 1 parti baru yang dinamakan Parti Demokratik Sabah (PDS).Saya tidak perlu mengulas mengenai tentang penubuhan parti ini.Kalau saya ceritakan perkara sebenarpun ahli-ahli PBS tidak akan mempercayainya.

Kekalahan YB N.5 Tandek pada pilihanraya 1999 buka kerana kurang sokongan tetapi beliau kalah pada keluarga.Keluarga beliau sendiri yang berkempen supaya jangan mengundi beliau.Terus terang saya katakan,kalau bukan kerana keluarga dalam tangan YB Dr.Max akan kalah.

Saya juga berharap agar suatu hari nanti Sabah akan diperintah oleh parti tempatan tapi yang pasti PBS tidak akan berpeluang selagi orang-orang tertentu masih berkuasa dalam parti.PBS harus berani mengubah dasar perjuangannya kalau mahu berkuasa kerana bagi saya,masih ada ruang dalam hati ini untuk menerima PBS tetapi bukan sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Kita cari jalan lain untuk mengembalikan yang lama tapi yang pastinya kita tolak BN sama sekali di negeri Sabah ini!!!!

Tanpa Nama berkata...

tandek masa bn dulu orgnya byk lompat kerja siapa tu ahhhh?

Tanpa Nama berkata...

aduhhh tandek ,kawan2 sia tanya kenapa kalau taip d google KUSAI TANDEK dah tak ada keluar dah blog ko ni..dan ini aku dapat pun dari link GAP jerr..tandek usahakan dulu blog u ni ada keluar d google..ramai kawan2 email saya tanya pasal kes ko ni ndak masuk pula dalam google..

kiulu guy>>>>>

KUDINGKING berkata...

kawan ketawa senang dicari tetapi kawan yang sanggup menangis bersama dengan kita sukar dicari. Namun rakyat N5 Tandek membuktikan bahawa mereka tetap setia tak kira waktu PBS dalam pembangkang atau sebaliknya.Wajarlah jika kesetiaan rakyat N5 Tandek ini diberi perhatian oleh pemimpin kita.

Little Mike berkata...

Saya ada mendengar desas desus YB n5 Tandek kita dipujuk tapi hampir tidak kedengaran desas desusnya...

YB Saibul Supu sendiri gagal mengulangi prestasinya yang baik dan semakin gagal mengawal organisasinya yang terlibat dalam proses kemajuan. Beliau gagal berkomunikasi dengan rakyat dengan baik melalui institusi penting seperti Pejabat Daerah, bahagian pendidikan, barisan kabinet berkaitan untuk saluran kemajuan yg relevan.. dari tahun ke tahun beliau tertekan oleh beban kuasa sebagai YB...

akhirnya kejatuhan beliau berlaku akibat tentangan oleh ahli kerabat sendiri.. entah mengapa itu terjadi tapi pasti ada sebab...

saya cuma ingin melihat supaya kuasa politik sabah dikembalikan kepada orang/parti tempatan sepenuhnya. Terpulang dengan siapa mereka berkerjasama... saya masih melihat ada keperluan berkerjasama dengan peringkat persekutuan tidak kira apapun parti yang menunjanginya. kita bukan berkerjasama dengan parti kerana kita tidak akan bercakap lagi mengenai politik apabila memerintah negara, tapi lebih daripada itu kita membina hubungan diplomatik dengan pemerintah. bagi saya memerintah negara bukan lagi isu kepartian. ia melibatkan kepentingan negara, awam, dan jalinan kerjasama institusi yang penting untuk pembangunan...

Jika BN memerintah, bukan kerana mereka itu orang UMNO, MCA, MIC, PBS, SUPP dna sebagainya. Jika PR memerintah bukan mereka itu PKR, DAP, PAS... tapi itu adalah satu tugas eksekutif peringkat persekutuan yang bukan lagi bersifat parti politik. Ia sudah menjadi BADAN AWAM yang dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan perlembagaan.

jadi, biar parti tempatan untuk orang tempatan... Bukan UMNO, bukan Pakatan Rakyat. Tapi sebuah parti. Terpulang la kepada kebebasan memilih untuk berkerjasama politik dengan PR atau BN...

Tidak tau pula kalau Sabah berstatus NEGARA.. hehe

liposuh berkata...

Salam Perkenalan..

Saya sangat tertarik berkenaan isu ini. Pada hemat saya, kemenangan PBS bukanlah didasarkan oleh faktor DJPK semata-mata.

Tetapi lebih daripada itu adalah tindakan protes atau ingin bebas rakyat negeri Sabah pada ketika itu berada di bawah pemerintahan USNO.

Mungkin jika kita bertanya kepada mereka yang lebih awal terlibat dalam politik Sabah akan mengetahui keadaan semasa politik pada masa itu khususnya tren pemerintahan dan dasar kerajaan USNO.

Jika diperhatikan juga, DJPK juga berasal dari parti USNO atau lebih relatif lagi, PBS pun lahir dari parti USNO.

Oleh itu, kemenangan PBS pada masa itu bukan disebabkan faktor DJPK semata-mata tetapi lebih kepada protes rakyat terhadap kerajaan USNO.

Lebih penting lagi, rakyat pada masa itu tiada pilihan lain yang lebih baik selain daripada PBS. Jika ada pilihan ketiga selain daripada PBS atau kerajaan campuran USNO, Pasti PBS pun mengalami nasib yang sama oh..

Jadi disimpulkan cerita, janganlah kita mengagung-agungkan PBS sebab bukan PBS segala-galanya tetapi bagaimana kita mengresponi kehendak rakyat!

Junid Bin Gunsalam berkata...

hye liposuh..
salam perkenalan..

terima kasih kerana melawat blog saya. pandangan dan komen saudara liposuh amat-amat diperlukan. tq

dardie berkata...

Salam blog untuk Kusai Tandek..

saya tertarik dengan penjelasan saudara mengenai status tanah seluas 60 ribu ekar yang didakwa telah dijual oleh mantan KM Sabah dulu (Yong Teck Lee) kepada kroninya..oleh itu, rakyat dan pemerhati berbesar hati kalau saudara dapat memberikan status perjuangan Dr. Max dan Pn. Anita sekarang mengenai hal ini...sekurang-kurangnya mereka yang langsung gelap idea mengenai perkara ini akan mendapat sedikit penjelasan. Terima Kasih saudara.

abrilliantine berkata...

Sampai sekarang saya masih terasa sakit hati dengan tindakan wakil rakyat Kemabong Rubin Balang yang telah melompat keluar PBS dulu. Rugi saja saya pangkah dia dulu. Baik lagi saya kasi 'rait' saja undi dia tu. Sejak itu sampai sekarang saya tidak pernah undi dia lagi..